Label

Rabu, 22 Januari 2014

Lawn Bowl....

Hai....
 
Huh! dah lama sangat la Rusma tak Update blog Lawn Bowl nie.... Bukan ape Rusma agak sibuk sekarang ni dengan persiapan perkahwinan sendiri.(hm.... jgn aku salah blog pulak dah!)
 
Baru - baru ni saya ade lepak dengan sahabat baik saya iaitu Nana. Sebenarnya dia juga pemain boling padang. (kira bari berjinak-jinakla jugak!) Minggu lepas Nana ni ada Lawn Bowl Tournament di Melaka (Under pasukan UITM... Sukan Antara Universiti di Malaysia..) Jadi dia ceritalah suasana tournament tersebut. Ada macam - macam ragam pemainla dia lihat. Ada yang bercakap dengan bol la, bersayang - sayang dengan bol la dan ada juga yang seakan bercinta dengan bol pun ada. (Sebenarnya Rusma pun belum pernah menyertai mana - mana tournament lagi!huhuhu...) Masa si Nana cerita tu bagai nak pecah perutla kita orang gelak...(siap guling - guling). hm.... Barulah kami sedar yang sukan ni memang seronok sebenarnya. Kira banyaklah jugak  kami bertukar - tukar pendapat dan bahasa - bahasa teknikal yang kami belajar....
 
Di Malaysia ni memangla sukan ini tidaklah seglamor seperti sukan - sukan yang lain. Tapi jangan pula sekali - kali memandang rendah tau! Bagi pandangan Rusma la sukan ini ada cabaran dan kepuasannya tersendiri. Ia adalah satu sukan yang memerlukan strategi dan kesabaran yang tinggi. huh!...(Tu dia!)
 
Berbalik pada cerita Nana tadi... Ape yang Rusma tau team dia Iaitu team UITM tidak memenangi sebarang pingat. Tetapi apa yang lebih penting adalah pengalaman dan pendedahan pertandigan.
 
Oklah! Itu sahaja yang dapat Rusma kongsikan kepada Anda Semua.
Jumpa Lagi.... dan..... "SELAMAT BOLING" atau "GOOD BOLING"

Selasa, 15 November 2011

LATARBELAKANG KELAB

Persatuan Boling Padang Sepang Perdana adalah merupakan satu-satunya kelab boling padang yang pertama di Malaysia ditubuhkan dan berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.
Kelulusan pendaftaran persatuan ini diperolehi daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 23 April 1999 dengan nombor pendaftarannaya 0664/99.
Penubuhan ini adalah atas daya usaha dan kreatif Tuan Pegawai Daerah Sepang ketika itu iaitu Tuan Haji Mansur bin Ramli (Dato') pada tahun 1997. Beliau yang juga memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Boling Padang Negeri Selangor ketika itu amat berminat untuk membina gelanggang boling padang di Daerah Sepang.

Jumaat, 3 Jun 2011

PERALATAN YANG DI PERLUKAN DI DALAM SUKAN BOLING PADANG.....

Selamat Kembali......

Maaflah lama pula ruangan ini tertangguh. Al-maklumlah sekarang ni banyak tugasan dan pertandingan-pertandingan yang di sertai oleh para pemain dari Kelab Boling Padang Sepang Perdana ini. Oh ya! hampir lupa pula saya kan! Tentunya ramai di antara kita mungkin tertanya - tanya di dalam coretan yang lepas apa itu 'BOL', 'JACK' dan bagaimana jika ingin menentukan markah selagi gus menentukan pemenang kan!


Di sini saya ingin menerangkan serba sedikit peralatan - peralatan yang digunakan di dalam sukan ini. Mari kita bermula dengan 'GRIN'(Green). Grin adalah padang permainan boling padang. Dalam permainan ini ada 3 (tiga) jenis grin iaitu padang rumput (NATURAL GRASS), padang tiruan (SANTATIE GREEN) dan indoor permaidani grin (CARPET). Biasanya 'natural green' dan 'santatie green' berada di luar manakala 'carpet green' berada di dalam dewan. Ukuran bagi grin pula minima adalah 37 meter persegi dan maksima 40 meter persegi. Grin hendaklah dijaga dengan baik oleh penjaga grin (GREEN KEEPER) dan juga pemain. Ini ialah untuk membolehkan permukaan grin rata seperti meja snooker dan setiap penjuru grin diletakkan bendera penjuru. Dalam sebuah girn secara rasminya mempunyai enam 'RINK'(seperti lane) atau lorong yang berkeluasan minima 5.5m dan maksima 5.8m. Setiap link perlu ditanda sempadan(RINK PEG) dan ditengah - tengah diletakkan nombor rink serta di belakang nombor diletakkan penanda jack. .Biasanya grin dikelilingi parit (ditch) yang luasnya berukuran 203.381mm serta kedalaman parit adalah 229mm. Parit perlu diisi pasir halus, sentiasa bersih dan tidak ditakungi air. Parit pula perlu dikelilingi tebing yang tingginya 229mm. Tebing ada yang diperbuat dari konkrit dan ada yang diperbuat dari kayu serta dilapik dengan carpet atau getah yang tidak memberi lantunan yang kuat.


Sebelum memulakan permainan atau lontaran, setiap pemain perlu melapik dengan 'mat' atau tikar. Biasanya 'mat' berukuran 35.6cm(1 kaki) lebar dan 61cm (2 kaki) panjang. Mat yang digunakan diperbuat daripada getah, plastik atau kanvas9huh! serius pulak!).

Di awal coretan Ros ada bagitau tentang 'bol dan 'jack'.Kita bermula dengan apa itu 'JACK'. Jack atau 'KITTY' adalah sebiji bola putih atau kuning yang seakan bola snoker dengan ukuran diameter 63mm dan minima 54mm. Beratnya tidak boleh kurang dari 227gm atau lebih 283gm(seperti di dalam gambar di bawah). 'BOL' (BOLWS) adalah diperbuat daripada campuran plastik(seperti di dalam gambar di bawah). Bol sebenarnya tidak bulat seperti bola jaring tetapi bujur sedikit disebelah 'Bias'. Bulatan kecil adalah bahagian yang mempunyai bias. Setiap bol mestilah mempunyai saiz (00-7), jenama, emblem/logo, tanda rasmi WBB yang menetapkan bol itu boleh digunakan sehingga 10 tahun dan nombor siri bol. Bol dijual dalam satu set mengandungi 4 biji yang sama saiz dan sama embelm. Saiz bol mengikut berat dan diameter di dalam carta (nanti Ros akan siarkan cartanye yek!).

Di dalam sukan ini juga memerlukan 'PENGUKUR'. Pengukur yang digunakan dalam boling padang mempunyai banyak jenis. Ada yang menggunakan tape, tali dan teleskopik. Apapun jenis pengukur yang digunakan tujuannya ialah untuk memastikan bol yang paling dekat. Sukan ini juga memerlukan beberapa peralatan tambahan seperti beg bol, pen/pensel, kapur tulis, kad pencatat mata (score card) dan kain pengelap bol.



Cara lontaran bol.


Cara lontaran bol yang betul.



Bol adalah yang berwarna hitam dan jack yang berwarna putih.



Ini adalah 'Pengukur'. Ia terdiri daripada tali(benang) dan clip.



Ini adalah 'Pengukur'. Ia terdiri daripada tali(benang) dan clip.


Inilah serba sedikit mengenai pelatan pengenalan mengenai sukan bilong padang. Kita berjumpa lagi di lain masa dan lain coretan. Akhir kata "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"......









"SELAMAT BOLING" atau "GOOD BOLING"

Rabu, 18 Mei 2011

APA ITU BOLING PADANG?

Definasi

Boling Padang adalah satu permainan yang seakan - akan sukan tenpin boling tetapi perbezaannya ialah tenpin boling sasarannya menjatuhkan 10 pin yang telah ditetapkan di atas lorong manakala Boling Padang pula sasarannya ialah 'BOL' (bola Boling Padang) yang digolekkan untuk menghampiri sedekat mungkin dengan sebiji bola putih yang dipanggil 'JACK'. Jikalau boleh biarlah bol tersebut melekat dengan jack.

Sebagai pemain baru, anda hendaklah mempelajari perkara - perkara yang berkaitan dengan permainan ini. Yang penting sekali kemahiran asas yang perlu anda ketahui dalam permainan boling iaitu cara memegang bol, cara berdiri, langkah dan hantaran. Selain daripada itu anda perlu mempelajari undang - undang permainan boling padang.
Selain daripada di atas, anda juga perlu tahu jenis - jenis grin dan ukurannya, termalogi yang lazim digunakan semasa bermain, acara permainan yang dipertandingkan, cara mengukur dan mengira mata adalah perlu sebagai seorang pemain.
Setelah mengetahui semua ini, maka anda sudah tentu akan menikmati permainan ini dengan penuh keseronokan bersama -sama kawan - kawan anda.

Permainan boling padang sebenarnya adalah permainan mental (mental games). Oleh itu semua yamg berminat dan ingin melibatkan diri di dalam permainan ini hendaklah mempelajari kemahiran dalam penyediaan mental (mental skill training). Tanpa kekuatan mental anda tidak akan dapat menjadi seorang pemain yang baik.


'SELAMAT BOLING' atau 'GOOD BOLING'

Selasa, 17 Mei 2011

SALAM PERKENALAN.......

Selamat datang kepada pembaca - pembaca blog PERSATUAN BOLING PADANG SEPANG PERDANA, Selangor. Tercetusnya idea untuk menghasilkan blog ini adalah bagi mengenalkan serba sedikit mengenai apakah itu Boling Padang dan senarai aktiviti kelab ini sepanjang tahun. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Begitulah inisiatif semua ahli jawatankuasa kelab memperkenalkan permainan ini di Malaysia khususnya di mata dunia.

Semoga dengan adanya blog ini dapatlah kami mengembangkan dunia boling padang dan mencari bakat - bakat baru di dalam sukan Malaysia seiring dengan slogan negara '"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA" Insyaallah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...