Label

Jumaat, 3 Jun 2011

PERALATAN YANG DI PERLUKAN DI DALAM SUKAN BOLING PADANG.....

Selamat Kembali......

Maaflah lama pula ruangan ini tertangguh. Al-maklumlah sekarang ni banyak tugasan dan pertandingan-pertandingan yang di sertai oleh para pemain dari Kelab Boling Padang Sepang Perdana ini. Oh ya! hampir lupa pula saya kan! Tentunya ramai di antara kita mungkin tertanya - tanya di dalam coretan yang lepas apa itu 'BOL', 'JACK' dan bagaimana jika ingin menentukan markah selagi gus menentukan pemenang kan!


Di sini saya ingin menerangkan serba sedikit peralatan - peralatan yang digunakan di dalam sukan ini. Mari kita bermula dengan 'GRIN'(Green). Grin adalah padang permainan boling padang. Dalam permainan ini ada 3 (tiga) jenis grin iaitu padang rumput (NATURAL GRASS), padang tiruan (SANTATIE GREEN) dan indoor permaidani grin (CARPET). Biasanya 'natural green' dan 'santatie green' berada di luar manakala 'carpet green' berada di dalam dewan. Ukuran bagi grin pula minima adalah 37 meter persegi dan maksima 40 meter persegi. Grin hendaklah dijaga dengan baik oleh penjaga grin (GREEN KEEPER) dan juga pemain. Ini ialah untuk membolehkan permukaan grin rata seperti meja snooker dan setiap penjuru grin diletakkan bendera penjuru. Dalam sebuah girn secara rasminya mempunyai enam 'RINK'(seperti lane) atau lorong yang berkeluasan minima 5.5m dan maksima 5.8m. Setiap link perlu ditanda sempadan(RINK PEG) dan ditengah - tengah diletakkan nombor rink serta di belakang nombor diletakkan penanda jack. .Biasanya grin dikelilingi parit (ditch) yang luasnya berukuran 203.381mm serta kedalaman parit adalah 229mm. Parit perlu diisi pasir halus, sentiasa bersih dan tidak ditakungi air. Parit pula perlu dikelilingi tebing yang tingginya 229mm. Tebing ada yang diperbuat dari konkrit dan ada yang diperbuat dari kayu serta dilapik dengan carpet atau getah yang tidak memberi lantunan yang kuat.


Sebelum memulakan permainan atau lontaran, setiap pemain perlu melapik dengan 'mat' atau tikar. Biasanya 'mat' berukuran 35.6cm(1 kaki) lebar dan 61cm (2 kaki) panjang. Mat yang digunakan diperbuat daripada getah, plastik atau kanvas9huh! serius pulak!).

Di awal coretan Ros ada bagitau tentang 'bol dan 'jack'.Kita bermula dengan apa itu 'JACK'. Jack atau 'KITTY' adalah sebiji bola putih atau kuning yang seakan bola snoker dengan ukuran diameter 63mm dan minima 54mm. Beratnya tidak boleh kurang dari 227gm atau lebih 283gm(seperti di dalam gambar di bawah). 'BOL' (BOLWS) adalah diperbuat daripada campuran plastik(seperti di dalam gambar di bawah). Bol sebenarnya tidak bulat seperti bola jaring tetapi bujur sedikit disebelah 'Bias'. Bulatan kecil adalah bahagian yang mempunyai bias. Setiap bol mestilah mempunyai saiz (00-7), jenama, emblem/logo, tanda rasmi WBB yang menetapkan bol itu boleh digunakan sehingga 10 tahun dan nombor siri bol. Bol dijual dalam satu set mengandungi 4 biji yang sama saiz dan sama embelm. Saiz bol mengikut berat dan diameter di dalam carta (nanti Ros akan siarkan cartanye yek!).

Di dalam sukan ini juga memerlukan 'PENGUKUR'. Pengukur yang digunakan dalam boling padang mempunyai banyak jenis. Ada yang menggunakan tape, tali dan teleskopik. Apapun jenis pengukur yang digunakan tujuannya ialah untuk memastikan bol yang paling dekat. Sukan ini juga memerlukan beberapa peralatan tambahan seperti beg bol, pen/pensel, kapur tulis, kad pencatat mata (score card) dan kain pengelap bol.



Cara lontaran bol.


Cara lontaran bol yang betul.



Bol adalah yang berwarna hitam dan jack yang berwarna putih.



Ini adalah 'Pengukur'. Ia terdiri daripada tali(benang) dan clip.



Ini adalah 'Pengukur'. Ia terdiri daripada tali(benang) dan clip.


Inilah serba sedikit mengenai pelatan pengenalan mengenai sukan bilong padang. Kita berjumpa lagi di lain masa dan lain coretan. Akhir kata "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"......









"SELAMAT BOLING" atau "GOOD BOLING"

10 ulasan:

  1. saya berminat untuk berkecimpung dlm sukan boling padang nih cume taj tahu bagaimana...pernah mengikuti latihan bersama kelab lawn bowl kedah dan TUDM butterworth lebih 10 tahun lepas (ayah merupakan jurulatih kelab) dan pernah berkecimpung dlm kelab lawnbowl UITM...harap dibantu...

    BalasPadam
  2. lupe lak letak contact details:


    Zed Herman Bin Zainal Abidin
    Customer Care Executive
    012-3685681
    zed.herman@jalenas.com.my

    JALUR LEBAR NASIONAL SDN BHD (379162-M)
    Level 16, Menara Manulife,
    No 6, Jalan Gelenggang,
    Damansara Heights,
    50490 Kuala Lumpur,
    MALAYSIA

    Telephone : +603 2080 3888
    Facsimile : +603 2080 3898
    E-Mail : mail@jalenas.com.my
    URL : http://www.jalenas.com.my

    BalasPadam
  3. Salam Admin,

    Blog ni susah nak baca harap admin buat modifikasi.

    BalasPadam
  4. Saya dari Limbang di Utara Sarawak, berminat permainan ini. Soalan saya: Dimana saya boleh dapat belajar dan syarat menyertainya.
    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh pergi labuan..di labuan ada
      international lown bowl green. Area seasport. Boleh bermain di sana.

      Padam
  5. Saya dari Limbang di Utara Sarawak, berminat permainan ini. Soalan saya: Dimana saya boleh dapat belajar dan syarat menyertainya.
    Terima kasih.

    BalasPadam
  6. mana nak dapatkan bola boling padang ni dan brapa harga satu set

    BalasPadam
  7. Berapa satu set bola bowling Padang.... Sebab saya nak training

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ori rm2400-rm2800
      Preloved rm1500-rm1600
      Based on type and size of the bowl.

      Padam
  8. Salam sy sufi dri pejabat jasmani pukl, sy nk tnya beberapa soalan

    1 berapa harga setiap 1 set bola latihan dan bola game

    2 selain bola apa lg peralatan yg dprlukan didalam sukan bowling padang

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...